Home Berita PAS Negeri Sembilan

Dulu saya bukan sokong PN, sekarang undi PN

98
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

KUALA PILAH, 31 Jul : Dulu saya bukan penyokong PN, tapi kini undi saya beralih pada PN.

Demikian dinyatakan oleh Yusuf sewaktu di kunjungi oleh Kamarudin Tahir, calon N19 Johor di Kampung Nuri, Johor, kelmarin.

“Respon yang positif yang diberikan oleh penduduk Kampung Nuri dan Kampung Tinggai.

“Alhamdulillah semakin bertambah lagi penyokong dan pendokong Perikatan Nasional”, ujar Kamarudin.

Kerusi Johol sebelum ini telah dimenangi oleh Saiful Yazan Sulaiman pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lepas dengan memperolehi 3,907 undi menewaskan calon PKR, Zulkefly Omar (2,942 undi) dan calon PAS, Kamarudin Tahir (1,069 undi) dengan majoriti sebanyak 965 undi.

Sebelum ini, Negeri Sembilan telah melalui Pilihanraya Umum ke-14 pada Mei 2018 yang lalu dan Pakatan Harapan mendapat 20 kerusi, Barisan Nasional (16), manakala PAS tidak memenangi sebarang kerusi dari 27 kerusi yang ditandingi.

PRN Negeri Sembilan diadakan setelah berlaku pembubaran DUN oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun setelah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Pembubaran DUN telah diumumkan pada 1 Julai lepas.

Tarikh penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos dan tarikh keluar mengundi pada 12 Ogos.