Home Berita PAS Pahang

Dua beradik pelajar MTIS juara dan naib Tilawah Dan Hafazan TNB 2023 Negeri Pahang

48
SHARE

Oleh : KHAULAH AL AZWAR

BENTONG, 11 Sept ♦ Pelajar Maahad Tahfiz Istiqomah (MTIS), Muhammad Yusuf Saifullah dinobatkan sebagai Juara Tilawah Dan Hafazan TNB 2023 Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Kuantan kelmarin.

Muhammad Yusuf, 14 telah menjuarai acara kategori remaja, sementara abangnya Muhammad Ayub Saifullah, 16 mendapat naib juara bagi acara sama.

Mudir MTIS, Ustaz Mohd. Zarimi Shubrawi berkata, kedua-dua pasangan adik-beradik ini merupakan antara 65 pelajar maahad tahfiz berkenaan yang ditubuhkan sejak 2016.

Menurutnya, pasangan juara ini adalah pelajar-pelajar yang komited menghafaz dan murajaah (mengulang-ngulang) bacaan Al-Quran secara istiqamah.

Beliau berharap kejayaan tersebut mampu menjadi contoh dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk tekun menghafaz sekaligus mampu mengukir kejayaan serupa di masa akan datang dan mengharumkan nama MTIS.

Juara akan mewakili Negeri Pahang ke peringkat Zon Timur yang bakal berlangsung di negeri Kelantan Darul Naim tidak lama lagi.