Home Berita PAS Sabah

PASTI melahirkan insan hebat, berdaya saing

57
SHARE

Oleh : Fadilah Nordin
11 September 2023

Kota Kinabalu : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mengajar anak-anak dalam bab akademik, sukan dan rohani.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Sepanggar, Dr Aliakbar Gulasan, PASTI adalah tempat melahirkan anak-anak yang hebat dan berdaya saing dari pelbagai aspek dan bukannya ajar anak-anak berpolitik.

“Terima kasih kepada ibu bapa yang percaya dengan produk PASTI dengan menghantar anak-anak ke PASTI Sepanggar ini khususnya,” ujar Dr Aliakbar Gulasan semasa merasmikan Program Pesta Sukan PASTI Kawasan Sepanggar bertempat di Borneo Sport Arena, Kolombong, di sini semalam.

Dr. Aliakbar yang juga ADUN Sabah (Dilantik) turut mengucapkan tahniah kepada Pengurusan PASTI dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar kerana konsisten mengadakan program kesukanan tersebut.

Sebanyak 13 PASTI Sepanggar telah bertanding dalam kejohanan itu. Turut hadir Ketua Pemuda PAS Sepanggar, Ah Rizal Latif dan Pengerusi PASTI Sepanggar, Muhammad Afiq Norddin.

Johan bagi acara bola sepak telah dimenangi oleh PASTI Al-Fateh, Salut Perdana. Abdul Arizz Danial bin Abd Aziz dari Pasti Al-Amal Likas dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak merupakan pelajar dari PASTI Al Fateh, Salut Perdana, Nik Muhammad Danial bin Nik Mohd Firdaus.

Manakala johan bola jaring pula telah dimenangi oleh PASTI As Solihin, Taman Putera Jaya. Nur Aisyah Afiqah binti Mohd Khairi dari PASTI As-Solihin telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dan Aisyah Humairah binti Mohd Sahril dari Pasti Al-Amal Likas merangkul anugerah penjaring terbanyak.