Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Dr Takiri Berpagi Bersama Rakyat

580
SHARE


Dr Takiri Berpagi Bersama Rakyat

oleh Pengarang Rakyat

TEPOH AHAD 29.4.2018; Berkuliah Subuh di sekitar Parlimen Kuala Nerus telah menjadi rutin Dr Takiri sejak menjadi Ahli Parlimen pada 2013. Ia diikuti dengan sesi minum pagi dengan rakyat dan ziarah.

Demikianlah rutin itu diteruskan lagi pada hari-hari terakhir kempen PRU ke 14 dengan mensasarkan masyarakat sekitar Kg Petaling, Dun Tepoh.

Pagi ini beliau berkuliah subuh di Surau Petaling dengan membawa tajuk kekayaan Firaun yang digunakan untuk mengelirukan rakyat daripada menerima dakwah Musa alaihissalam.

Seterusnya minum pagi di dua buah kedai kopi memberi peluang Dr Takiri beramah mesra dengan lebih 60 rakyat setempat.

Antara bicara menarik rakyat setempat ialah harga getah yang tinggal RM1.80 sekilogram sedang PAS berkali-kali menegaskan di Dewan Rakyat bahawa harga getah perlu diberikan *subsidi harga lantai RM4 yang hanya melibatkan kos tidak sampai RM2 bilion setahun namun memberi manfaat kepada 500 ribu keluarga penoreh getah seluruh negara.

Kemudian sesi ziarah pagi ini mempertemukan beliau dengan pesakit Stroke. Dengan kelebihan ilmu perubatan Islam yang dipelajari oleh beliau daripada guru ketika di Jordan dan juga berbekalkan titipan ilmu perubatan ketika mendampingi dua tokoh perubatan Islam Malaysia iaitu Dato Tuan Guru Harun Din dan Dato Ismail Kamus, ia digunakan sepenuhnya bagi berkhidmat merawat pesakit tersebut.

Malah ketika sesi minum pagi beberapa penduduk menghulurkan air untuk dijampi oleh Dr Takiri dengan Ruqyah Syariyyah.