Home Berita PAS Terengganu

DPPNT sambut baik BERKAT 3.0, seru semua lawan Covid19

246
SHARE

DPPNT menyambut baik pengumuman YAB MB Terengganu Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang telah mengumumkan pakej bantuan Berkat 3.0 sebagai usaha kerajaan dalam membantu rakyat ekoran pandemik Covid-19 yang sedang melanda.

Pakej ransangan yang bernilai 6,400,000 ini akn diagihkan secara berperingkat melalui 2 fasa yang akan ditetapkan nanti. Apa yang menarik, barisan kepimpinan kerajaan Terengganu sekali lagi memilih untuk menyumbangkan gaji mereka kepada tabung Covid-19 ini agar dapat membantu rakyat Terengganu yang terjejas. Satu usaha yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah sebelum ini.

DPPNT juga mengambil maklum arahan sumbangan daripada semua penjawat awam pelbagai gred yang akan dimanfaatkan dalam tabung bencana Covid-19 yang ada. Ini sekaligus menjadi bukti kesediaan para penjawat awam untuk sama-sama dengan kerajaan bersatu hati membantu rakyat yang terkesan ketika ini.

Selain itu, inisiatif moratorium pinjaman Yayasan Terengganu dan Penangguhan bayaran sewa premis PBT sudah pasti akan mengurangkan beban rakyat disaat yang sangat mencabar ini.

DPPNT berharap agar inisiatif Berkat 3.0 dan Penjana Plus yang diumumkan oleh kerajaan Terengganu dan Persekutuan ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat yang terkesan. Inisiatif ini benar-benar menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada denyut nadi rakyat yang terkesan.

DPPNT juga menyeru kepada semua pihak agar mengenepikan fahaman politik dan kumpulan masing-masing dan bersama bersatu bersama kerajaan dalam usaha untuk melawan wabak Covid-19 yang sedang mengganas ini.

Semoga di hujung jalan berliku ini akan ditemui cahaya. Moga kita semua tabah dan bersabar atas setiap ujian yang melanda.

Tahniah Kerajaan Malaysia
Tahniah Kerajaan Terengganu

#anakmudasayangMB
#kerajaanprihatin

Ustaz Mohd Nasir bin Abd Razak
Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu