Home Berita PAS Selangor

DPPNS | Al Hawariyyun dan 12 Naqib Bani Israel.

2080
SHARE

Al Hawariyyun Dan 12 Naqib Bani Israel.

Menyusun jemaah ikut keperluan semasa dan mengumpul sebanyak mungkin pembantu pembantu agama Allah adalah tuntutan dalam berjemaah. Maka, sebaik baik penyusunan, adalah penyusunan orang beriman terdahulu. Namun begitu, setiap ibrah al quran mahupun seerah Nabi Muhammad Saw mesti difahami dengan cara yang sebaik baiknya. Kegagalan kita memahami, menyebabkan kesilapan dalam tindakan atau meletakkan syiar atau simbol.

Dalam hadis Nabi tentang sebaik baik tingkatan susunan berjemaah,

“sebaik baik sahabat musafir, 4 orang. Sebaik baik peninjau 400 orang, Sebaik baik Pasukan Tentera 4000 orang. Dan sesekali tidak terkalah 12 ribu orang kerana sedikit.”

Maka, dalam sejarah Islam,  Kemenangan yang didapati bukan sebab ramai, tetapi kualiti jundi yang beriman dan bertaqwa menepati ciri ciri yang ditetapkan Allah.

Ketika memanggil Orang beriman untuk membantu agama Allah walaupun susah, Allah banyak menyebut contoh seperti seruan Nabi Isa kepada AlHawariyyun supaya menjadi Ansarullah. Maka dengan sahutan Alhawariyyun yang dikatakan sebanyak 12 orang,  makanya beriman sebahagian bani Israel walaupun sebahagian lain kekal kufur dan menjadi musuh kepada yang beriman.

12 Naqib Bani Israel Dan Pelanggaran Janji Allah.

Dalam keadaan masyarakat bijak pandai yang telah menyaksikan kebenaran agama Allah dan mukjizat Nabi saw, kisah 12 Naqib atau pemimpin Bani Israel yang diambil mitsaq/ janji ke atas mereka, Allah rakamkan dalam surah Al Maidah.

Surat Al-Ma’idah 12 – 13

Kisah 12 Naqib Bani Israel ini diangkat sebagai wakil kaum masing masing untuk menegakkan syariat Allah. Namun malangnya, sebahagian Naqib tersebut berpaling dari janji Allah, menukar perkataan perkataan syariat dan khianat pula pada amanah yang dimeteraikan.  Kisah ini juga peringatan kepada Ahli Kitab dan Bani Israel yang berada di sekeliling Madinah. Mereka telah menandatangani perjanjian, piagam dengan Nabi Muhammad saw, Namun sejarah menunjukkan, mereka yang khianat apabila memutarbelit kalam kebenaran yang dimeterai kepada mereka.

Kita sentiasa ada panduan dari Allah swt. Panduan orang beriman dan bertaqwa dari Al Quran, kitab yang tiada keraguan padanya. Mengambil panduan daripadanya dengan feqah yang benar agar kita sentiasa berjalan pada perjuangan Allah yang menepati golongan golongan terdahulu yang berjaya di sisi Allah swt.

Ahmad Hakimi Othman.
KP DPPKS.
27 JULY 2017