Home Kenyataan Media PAS Perlis

DPPNPs sedia bantu Program Perlis Pahadoi

252
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PERLIS

PEMUDA PAS PERLIS SEDIA BANTU MEMUDAHKAN URUSAN PROGRAM PERLIS PAHADOI

1. Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPNPs) mengucapkan terima kasih atas insentif kerajaan berkenaan sumbangan melalui Program Perlis Pahadoi.

2. Menerusi program ini, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi menyediakan keperluan asas kepada keluarga yang memerlukan sepanjang tempoh sekatan pergerakkan penuh yang telah pun dimulakan pada 1 Jun hingga 14 Jun.

3. Justeru, DPPNPs menyarankan proses penyerahan sumbangan dapat disegerakan kepada mereka yang benar-benar terkesan sepanjang tempoh PKP ini.

4. DPPNPs bersedia memberi kerjasama bagi memastikan agihan bantuan dapat sampai kepada penerima dengan lebih efisien.

5. DPPNPs sentiasa positif dan komited terhadap segala usaha kerajaan bagi memastikan kebajikan rakyat terus terjaga.

Yang benar,
MOHD RIDZUAN HASHIM
Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji

9 Jun 2021 | 28 Syawal 1442H