Home Berita PAS Selangor

Penduduk terus disantuni dengan barangan basah – DPPK Sungai Buloh

64
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Buloh teruskan lagi usaha menyantuni masyarakat yang terjejas dengan edaran ikan dan sayur segar di Apartment Mentari, Subang 2 pagi ini.

Menurut pemuda kawasan, anggaran sumbangan yang diterima mampu menaja sehingga 250 keluarga. Edaran akan dilakukan seperti biasa dengan lori yang akan tiba sekitar 9.30 pagi.

YDP PAS Kawasan Sungai Buloh Ust Zaharudin Mohamad juga turut hadir bersama anak muda pagi ini, mengagihkan sumbangan. Sumbangan dikhususkan kepada keluarga yang benar-benar terkesan akibat daripada krisis pandemik COVID-19.

Justeru, beberapa usaha telah dilaksanakan oleh PAS Kawasan Sungai Buloh dalam membantu meringankan bebanan kewangan mahupun keperluan masyarakat secara bersasar ketika ini.

“Dalam seruan terbaru Perdana Menteri kita, marilah bersama-sama menjayakan agenda ‘Keluarga Malaysia’ yang berteraskan perpaduan rakyat bak kata pepatah ‘bulat air kerana pembentungnya, bulat manusia kerana muafakatnya'”, kata Pemuda PAS Sungai Buloh.

Insha Allah kita terapkan perpaduan ini di P107 Sg Buloh supaya kesejahteraan penduduk dikecapi bersama.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor