KENYATAAN MEDIA
Projek Naiktaraf Jalan Mohd Yatim Yahaya dan Jalan Wangsa Perdana 1 Sepatutnya Percuma
Dewan Pemuda PAS Setiawangsa (DPPKSW) menuntut penjelasan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai jika ada unsur pembaziran dan kecuaian dalam projek naiktaraf Jalan Mohd Yatim Yahaya dan Jalan Wangsa Perdana 1. Kos menaiktaraf jalan ini menelan belanja RM42.7 juta dengan tambahan RM1 juta daripada bajet asal RM41.7 juta untuk kos penambahbaikan trafik hasil bantahan & cadangan penduduk yang akan ditanggung DBKL. Projek ini sedang dilaksanakan oleh pihak Ekovest Berhad, iaitu syarikat yang memegang konsesi Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE). Pihak DPPKSW tidak menentang sebarang usaha untuk mengurangkan kesesakan di sekitar Setiawangsa malah mengalu-alukan sebarang projek yang akan memberi kebaikan kepada rakyat.
Namun begitu pihak DPPKSW mendapati DBKL sebenarnya boleh menyelamatkan wang hasil cukai rakyat bernilai RM42.7 juta ini. Mengikut semakan DPPKSW, pemaju projek iaitu Ekovest Berhad juga telah diberikan konsesi Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) atau lebih dikenali sebagai DUKE 3. Syarikat Ekovest telah diberikan konsesi selama 53 tahun 6 bulan untuk menguruskan Lebuhraya SPE.
Yang menarik perhatian DPPKSW ialah jajaran SPE didapati juga melalui projek naiktaraf Jalan Mohd Yatim Yahaya dan Jalan Wangsa Perdana 1. Malah kerja tapak SPE sedang dilaksanakan berhampiran projek naiktaraf jalan terbabit.
Pihak DPPKSW kecewa apabila DBKL sebagai agensi yang mewakili penduduk Kuala Lumpur tidak memasukkan kerja menaiktaraf jalan terbabit sebagai sebahagian syarat membina SPE. Dengan ini DBKL akan dapat menjimatkan RM42.7 juta wang rakyat.
Kekecewaan itu semakin bertambah apabila projek pembaikan jalan yang sepatutnya tamat Jan 2017 masih tidak menampakkan tanda-tanda untuk dibuka kembali. Merujuk kepada notis DBKL yang disiarkan Bernama, sebahagian jalan di kawasan lampu isyarat terbabit hanya akan ditutup selama lima bulan.
Pihak DPPKSW menuntut penjelasan pihak DBKL diatas kegagalan ini. Kegagalan ini menyebabkan wang rakyat dibazirkan sebanyak RM42.7 yang sepatutnya boleh digunakan untuk projek-projek bermanfaat untuk rakyat.
“Untukmu Setiawangsa”
Ubaid Abd Akla
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Setiawangsa
{jathumbnail off}