إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
{Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah. Ya Allah, Berikanlah aku pahala kerana musibah yang ku hadapi ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik.}
1. Gempa bumi dengan 7 skala richter yang menggegarkan Lombok Utara, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat dan Kota Mataram terutamanya mengundang perhatian kami Dewan Muslimat PAS Malaysia.
2. Gempa ini merupakan bencana kedua yang berlaku di Lombok setelah kali pertama berlaku pada 29 Julai yang lepas, juga telah mengorbankan salah seorang warga Malaysia di sana.
3. Sehingga ke hari ini, seramai kurang lebih 91 orang terkorban dan ratusan tercedera akibat kejadian yang berlaku pada 5 Ogos lepas.
4. Oleh yang demikian, kami Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru, merayu dan memohon seluruh rakyat Malaysia terutamanya agar sama-sama mengirimkan doa kita buat mereka di sana.
5. Semoga Allah S.W.T menyelamatkan mereka daripada kejadian gempa bumi yang berlaku, juga memberikan mereka kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini.
6. Sesungguhnya kami percaya dan yakin bahawa kejadian ini menjadi peringatan daripada Allah S.W.T buat kita semua agar sentiasa memelihara diri daripada melakukan perkara yang dilarang kerana kemurkaan dan kemarahan Allah S.W.T boleh jadi akan menimpa sesiapa sahaja, tak kira tempat dan masa.
7. Dunia akhir zaman ini juga membuktikan bahawa kita semakin hampir dengan kiamat, hari yang padanya tiada lagi pertolongan dan tiada lagi peluang dan ruang untuk kita bertaubat apabila ditiupkan sangka kala.
8. Justeru untuk kesekian kalinya, kami juga mengajak seluruh umat Islam terutamanya agar sentiasa beringat untuk tidak melakukan larangan Allah S.W.T dan sentiasa menambahkan amalan sebagai persediaan kita untuk pulang ke negeri abadi nanti.
Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
7 Ogos 2018 bersamaan 25 Zulkaedah 1439