Home Artikel PAS Negeri Sembilan

DMPN9 | Ziarah Keluarga Mangsa Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah

798
SHARE

26 September : Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan (DMPN9) telah mengadakan kunjungan ziarah ke rumah keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Taman Paroi Jaya, Seremban.

Rombongan DMPN9 itu diketuai oleh Ketua DMPN9, Ustazah Fazilah Abu Samah dan turut disertai oleh Ketua Penerangan DMPN9 yang juga merupakan Ketua DMPK Jempol, Puan Hajah Bibah Tumin dan Pengerusi Lajnah Kebajikan DMPN9 yang juga Ketua DMPK Rembau, Puan Masita Mohammed Ali.

Ziarah mahabbah tersebut disambut oleh nenek kepada Allahyarham Muhammad Fahmi Abdullah. Sumbangan daripada DMPN9 dan Lajnah Kebajikan DMPN9 turut disampaikan oleh wakil masing-masing kepada nenek mangsa. Semoga bantuan tersebut sedikit sebanyak membantu keperluan harian.

Seperti mana yang diketahui, allahyarham Muhammad Fahmi Abdullah, 11 tahun merupakan salah seorang daripada 23 orang mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur yang berlaku pada 14 September yang lalu.