Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

DMPM Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga Norhanin Mohd Razi (Anakanda ADUN GAAL)

1,615 views
SHARE

DMPM Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga Norhanin Mohd Razi (Anakanda ADUN GAAL)

Seorang insan yang banyak berjasa untuk jemaah telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Allahyarhamah berkhidmat dalam Ameerah dan Briged Muslimat, merupakan ahli yang aktif membantu dan sentiasa komited turun ke program-program.

Muslimat PAS Malaysia menzahirkan rasa dukacita dan berkongsi rasa hiba yang tidak terhingga di atas berita pemergian saudari Norhanin Mohd Razi.

Kami mendoakan agar segala kebaikan dan amal sepanjang hidupnya menjadi saham di akhirat. Semoga rohnya dirahmati Allah dan termasuk dikalangan hamba-Nya yang beriman.‎انا لله وانا إليه راجعون
‎ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهما وَارْحَمْهما وَعَافِهما وَاعْفُ عَنْهما، وَأَكْرِمْ نُزلهما، وَوَسِّعْ مَدخلمها، وَاغْسِلْهما بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهما مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهما دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارهما، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهما، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجهما، وَأَدْخِلْهما الْجَنَّةَ، وَأَعذهما مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ. آمين يَا ربَّ العَالَمِيْن.

Al-Fatihah.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
12 Syaaban 1440H
18 April 2019