Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

DMPM Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga Allahyarham Datuk Dr Shahnon Ahmad

11508
SHARE

DMPM Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga Allahyarham Datuk Dr Shahnon Ahmad

‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ…

‎وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِنْ قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِنْ مِتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ (34) كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ (35)
Ertinya: Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Surah Al Anbiyaa’ :34-35)

Kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan penuh rasa takzim mengucapkan salam takziah buat keluarga allahyarham Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang dekat, kira-kira jam 8 pagi 26 Disember 2017.

Profesor Emeritus Dato’ Haji Shahnon bin Ahmad (13 Januari 1933 – 26 Disember 2017) adalah seorang penulis Malaysia yang mendapat gelaran Sasterawan Negara pada 1982 serta merupakan bekas Ahli Parlimen. Allahyarham juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Antara pendidikan allahyarham pernah menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid (1960-1963); pindah ke Jenan, mengajar sastera di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim(1967). Tahun 1968 menjadi pegawai penyelidik di Australian National University (ANU), Canberra, Australia. Di sana allahyarham memperoleh ijazah Sarjana Muda (1971).

Allahyarham menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim ; pensyarah Universiti Sains Malaysia (1974) dan memperolehi Sarjana Sastera USM (1975). Allahyarham dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (1979) ; Profesor Sastera USM (Jun 1980) ; profesor penuh di USM (1982) ; dan Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.

Banyak hasil karya yang telah diterbitkan oleh allahyarham sepanjang kariernya. Novel pertamanya ‘Rentong’ (1965) menaikkan namanya. Novel keduanya berjudul Terdedah . Novel ketiga ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ dijadikan teks sastera tingkatan enam dan diangkat menjadi sebuah filem (1983) oleh penerbit / pengarah filem, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin. Dua novel ini merupakan kemuncak kerjaya novelis ini.Ranjau Sepanjang Jalan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest But A Thorn. M

Panel The Sydney Morning Herald (1973) mengangkat novel ini satu daripada 10 novel menarik tahun 1972. Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—yang telah diadaptasi semula ke filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem Kemboja, Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—yang telah memenangi anugerah Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965).

Moga diterima segala amalan baiknya, diberi keampunan akan kekhilafannya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah buat semua ahli keluarga.

الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ ۞
آمِّيْن…

Marilah sama-sama kita hadiahkan al Fatihah buat keluarga allahyarham.

“Sejahtera Bersama Islam”

“Muslimat Memacu Kemenangan”

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
7 Rabiul Akhir 1439H
26 Disember 2017