Home Berita PAS Pulau Pinang

DMPK NIBONG TEBAL ANJUR SEMARAK KASIH RAMADHAN 2018

947
SHARE

OLEH NURAH MAISARAH

Nibong Tebal, 10 Jun, Ahad: Dewan Muslimat Pas Kawasan Nibong Tebal menerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah berjaya menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin sekitar Nibong Tebal dalam program Semarak Kasih Ramadhan.

Kehadiran ketiga-tiga bekas calon PAS dalam PRU14 yg lalu iaitu Sdr Helmi Haron(bekas calon PAS Parlimen Nibong Tebal), Ustaz Osman Jaffar, (bekas calon N20 Sg. Bakap) dan juga Nor Zamri Latiff(bekas calon PAS N21 Sg. Acheh) merancakkan lagi edaran sumbangan ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Nibong Tebal, Muhammad Ahmad turut hadir bagi mengetuai penyerahan sumbangan bantuan di cawangan Jalan Sempadan.

Seramai 70 orang penerima bantuan adalah terdiri daripda kalangan MOSWAY iaitu miskin, OKU, sakit, warga emas, anak yatim dan ibu tunggal

Sumbangan bantuan ini diedarkan terus ke rumah-rumah penerima berbentuk barangan dapur  seperti beras, gula, teh, kordial, kuih raya dan juga duit tunai.

Sumbangan ini adalah hasil daripada sumbangan orang ramai dan juga ahli2 dari cawangan -cawangan PAS di Nibong Tebal.

Norliana Yusuf selaku Ketua  Dewan Muslimat PAS Kawasan Nibong Tebal dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama dalam usaha menjayakan program Semarak Kasih Ramadhan ini.