Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Diskusi Ilmiah: Rapatkan Ukhuwah Satukan Hati

847
SHARE

22 Julai 2017 Sabtu, Kota Bharu,  Kelantan. Sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-4 yang berlangsung di Kota Bharu Kelantan, Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)  telah mengambil peluang mengadakan Mesyuarat dan Bicara Ilmiah bersama Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri dari seluruh Malaysia.

Ketua Penerangan DMPM Ustazah Hjh. Wan Hasrina Wan Hassan sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor DMPN) memaklumkan bahawa Lajnah Penerangan di semua negeri perlu bersiap sedia menghadapi PRU-14 dengan menyambut Himpunan JELAS 3.0.

Pastikan seluruh Muslimat hadir ke Himpunan JELAS 3.0. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Puan Nor Zarina Mohd Azhar hadir ke mesyuarat tersebut bersama Setiausanya Cik Nurul Ethika Mahmud dan AJK Lajnah Penerangan Puan Fairuz.