KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
24 Oktober 2019
Perbahasan Bajet 2020 Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah
DISKRIMINASI PERUNTUKAN ADUN PEMBANGKANG BUKTI PAKATAN HARAPAN TONG KOSONG
Generasi muda melihat politik sebagai medan yang terbaik dalam merencana polisi-polisi negara dan menjadi harapan kepada mereka pada institusi yang benar-benar demokratik dan adil sebagaimana yang digagaskan oleh hampir ke semua parti-parti dalam saban pilihanraya.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah melihat agenda rakyat Pakatan Harapan (PH) dengan slogannya ‘Demi Rakyat’ yang di dendang seantero termasuk di negeri Kedah ini juga boleh dianggap agenda ‘tong kosong’ apabila diskriminasi peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masih berlaku.
Pembentangan bajet yang telah dibentangkan oleh Menteri Besar baru-baru ini telah menunjukkan ADUN kerajaan diberi peruntukan bekalan, bantuan dan projek kecil sebanyak RM 200,000 melebihi 2 kali ganda daripada ADUN pembangkang yang hanya RM 70,000 sahaja.
Lebih mengecewakan lagi apabila calon atau individu PH yang yang kalah yang menyelaras DUN pula menerima RM 150,000 melebihi ADUN yang diangkat oleh rakyat.
Kami merasakan memberi peruntukan dua kali ganda kepada penyelaras DUN atau nama lain calon PH yang kalah melebihi ADUN yang sah dipilih oleh lebih 50% rakyat di negeri Kedah ini melambangkan PH satu parti yang sedang membalas dendam kepada rakyat yang tidak memilih mereka, seterusnya tidak melambangkan janji awal ketika berkempen yang dilaungkan sebelum menjadi kerajaan terdahulu.
Pemuda PAS sentiasa menyokong apa juga idea bernas yang membangunkan rakyat dan tidak segan silu memuji tindakan kerajaan yang bertepatan dengan kehendak rakyat.
Namun kami kesal kini politik balas dendam menjadi pilihan PH yang kononnya membawa gagasan ‘rebranding’ politik untuk rakyat.
Yang Benar
Ustaz Nurul Amin Hamid
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah