Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Dirgahayu Tuanku

403
SHARE

Dirgahayu Tuanku.

Patik dan seluruh ahli Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 8 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441H.

Sesungguhnya patik dan sekalian muslimat PAS menjunjung tinggi kesantunan Tuanku mencemar duli dalam menyelami hal ehwal rakyat dan negara demi menjaga kestabilan politik serta keamanan hidup masyarakat di Malaysia.

Patik sepenuhnya mendoakan agar Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberkati pemerintahan dan mengurniakan keselamatan, kesihatan serta taufik dan bimbingan kepada Tuanku untuk memerintah negara dan menjaga sekalian rakyat jelata. Amin.

Allahuakbar! Daulat Tuanku!

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

YB Senator Ustazah Hajah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
16 Syawal 1441H
8 Jun 2020