Home Artikel PAS Perlis

Didik Murid PASTI Menjadi Hamba Allah

355 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR: Tugas mendidik yang dilaksanakan oleh guru PASTI bukan hanya terarah menjadikan mereka cemerlang dalam aspek akademik, malah lebih dari itu, membina diri mereka untuk menjadi hamba yang diredhai Allah S.W.T.

Demikian intipati ucapan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, Dr Mohd Saifizi Saidon, ketika berucap merasmikan penutupan Kursus Semester 1 Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) IPPM Negeri Perlis di sini pada 9 Februari yang lalu.

Menurutnya, dalam zaman serba mencabar ini, anak didik PASTI mesti diingatkan akan tujuan hidup mereka iaitu menjadi manusia yang taat dan patuh kepada Allah S.W.T.

Ketaatan kepada Allah ujarnya, merupakan benteng ampuh yang mampu menghindarkan mereka daripada sebarang bentuk pengaruh buruk yang boleh merosakkan hidup mereka.

“Peranan guru adalah memperingatkan anak-anak akan tujuan hidup mereka (menjadi hamba Allah sejak awal kelahiran) untuk berhadapan dgn dunia cabaran yg begitu hebat.

“Perkara yang diajar di PASTI adalah cukup besar berupa ilmu yg diguna sepanjang hayat, mengajar bagaimana untuk hidup, ilmu berkaitan disiplin, solat, membaca Al Quran dan sebagainya,” katanya.

Seramai 50 orang guru pelatih (GP) PASTI telah menyertai kursus selama dua hari, bermula 8 Februari, bertempat di Putra Putri Lodge, Kangar.

Kursus berkenaan dianjurkan oleh Institut Perguruan PASTI Malaysia (IPPM), sebuah entiti di bawah PASTI yang bertanggungjawab menguruskan latihan keguruan.