Home Berita PAS Wilayah

Dialog WINS Mendapat Sambutan Hangat

4439
SHARE

Bangsar South, 22 November 2017 – Satu dialog telah diadakan bagi memastikan rakyat mendapat pendedahan yang jelas mengenai produk terbaru Parti Islam Semalaysia (PAS) iaitu Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).Program yang menampilkan Dr Zuhdi Marzuki selaku Pengarah Pusat Penyelidikan PAS juga merupakan individu yang terlibat dalam merangka WINS disambut baik oleh penduduk setempat.

“WINS merupakan produk yang menggabungkan kesemua dokumen keluaran PAS seperti Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dan Dokumen Hijau,” ujar beliau.

Ia mampu menggantikan model pemerintahan negara di seluruh dunia yang dilihat gagal menterjemah sistem pentadbiran yang digariskan Islam.

Prinsip asas WINS merangkumi kualiti insan dari aspek rohani, mental dan fizikal, pematuhan prinsip dan penyelesaian Islam, menaiktaraf kehidupan golongan miskin, pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama kerajaan pusat, negeri dan rakyat serta kehidupan beragama asas kestabilan dan keharmonian kaum.

Selain itu, ia turut menekankan mengenai pemisahan kuasa badan Legislatif, Eksekutif dan Judisiari, pengasingan kuasa politik dan ekonomi, penstrukturan sistem percukaian berdasarkan Islam, pembangunan negara berasaskan prinsip kelestarian dan mapan serta kekayaan dan hasil tempatan adalah milik bersama negara.

Mengulas mengenai perkembangan politik semasa, beliau menyatakan bahawa PAS tetap positif dalam menghadapi pilihanraya akan datang biarpun terpaksa bergerak sendirian.

“Kita optimis meletakkan target menguasai 4 negeri serta memenangi 40 kerusi di tempat yang akan dipertandingkan,” katanya.

Terdahulu, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa PAS akan mempertahankan Kelantan dan Selangor selain memerintah semula Terengganu dan Kedah.

Para hadirin tidak melepaskan peluang mengajukan pelbagai soalan sekaligus merungkai kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak luar.

Majlis berakhir sekitar jam 12 malam.

SHARE
Previous articleGolongan Asnaf Dirai
Next articleIkhlas (Siri 1)