Home Artikel PAS Wilayah

Golongan Asnaf Dirai

163 views
SHARE

Sri Pahang, 23 November 2017 – 18 asnaf telah dirai dalam satu majlis tazkirah serta penyerahan sumbangan di Surau KTM Lengkok Abdullah hari ini.

Majlis dimulakan dengan pengisian oleh Ketua Urusan Ulama’ PAS Lembah Pantai, Ustaz Zaini Abd Aziz yang menyentuh mengenai tanggungjawab pemimpin kepada rakyat bawahan serta keperluan beramal sebagai bekalan sebelum bertemu Ilahi..

Selanjutnya, Tuan Haji Fauzi selaku pimpinan PAS Cawangan Sri Pahang telah menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan dan voucher barang makanan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka.

“Pentingnya hidup bermasyarakat dan saling menjaga hubungan silaturrahim, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat sekeliling.

Islam telah menjadikan masyarakat Islam itu bersaudara dan saling menyayangi antara sesama insan,” ujar beliau.

PAS sentiasa prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi rakyat serta berusaha membantu berdasarkan kemampuan yang ada.