Home Berita PAS Selangor

DHPP Kota Raja terus berkhidmat untuk rakyat – PAS Kawasan Kota Raja

165
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 12 September – PAS Kawasan Kota Raja bersama Pn. Chandra, AJK DHPP Negeri Selangor juga merangkap Ketua Wanita DHPP Kota Raja, (Timbalan Ketua DHPP Kota Raja) Tuan Annaduray serta (Setiausaha DHPP Kota Raja) Tuan P Guru telah melaksanakan program ‘Ziarah Prihatin’, menyantuni 10 buah keluarga yang memerlukan bantuan.

Antara kawasan perumahan yang telah diziarahi, termasuk Jalan Kota Raja, Batu 41/4 Kampung Jawa, Taman Samarinda dan Pangsapuri Perdana Villa. Turut hadir bersama menjayakan program ini, Wakil Dewan Pemuda PAS Malaysia, Saudara Muhammad Fizwadi dan Wakil Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kota Raja (LPN), Tuan Syahrul Hizam.

“PAS Kawasan Kota Raja sentiasa bergerak memberi sumbangan kebajikan kepada yang memerlukan”. Semoga usaha ini menyebarkan kebaikan kepada rakyat khususnya penduduk di sekitar Parlimen Kota Raja ini memberi kesan positif buat mereka dalam terus mengharungi liku-liku kehidupan mendatang dimusim pandemik COVID-19 yang masih belum berpenghujung ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor