PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor
Ketua DHPP Kota Raja
KOTA RAJA, 9 Ogos – Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kota Raja , terus menggerakkan tugasan kebajikan bersama wakil penduduk dan kami senantiasa istiqamah menyantuni, menangani dan membantu aspek kebajikan terhadap rakyat yang berada dalam kesusahan.
Menurut Cikgu Rajan, mereka telah menyantuni 10 buah keluarga dari pelbagai kawasan, termasuk di Flat Taman Sentosa Utama, Flat Desa Idaman Sentosa dan Bandar Bukit Tinggi . Penyerahan sumbangan berbentuk barang keperluan asas seperti barangan dapur.
DHPP Kota Raja amat komited demi kepentingan kebajikan masyarakat. PAS Kawasan Kota Raja tetap berusaha semampu yang boleh demi meringankan beban mereka.
Semoga segala bantuan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima serta dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka dalam meneruskan lagi kehidupan semasa pendemik COVID-19.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor