PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor
Oleh : Rajan Manikesavan
Ketua DHPP Kota Raja
KOTA RAJA | Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kota Raja terus menggerakkan aktiviti kebajikan bagi rakyat di sini dan mengembirakan 5 keluarga dengan kehadiran DHPP Kota Raja dapat meringankan beban sara hidup dengan pelbagai bekalan makanan.
Ketua DHPP Kota Raja, Cikgu Rajan menyertai gerak kerja ke lokasi bersama AJK DHPP mengikuti SOP pagi tadi untuk menyampaikan sumbangan barangan dapur,susu bayi dan bahan mentah sebagai bekalan harian.

Menurut laporan, setiap ahli keluarga dan kanak-kanak yang telah disantuni menunjukkan rasa amat gembira dan terharu dengan keprihatinan DHPP dan PAS Kota Raja. Yang pastinya senyuman mereka, menenangkan dan memberi semangat yang jitu kepada kami.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor