Home Fastaqim

DHPP Bantah Pesta Arak

5344
SHARE

DHPP BANTAH PESTA ARAK
Oleh : Zaim As-Sibaie

KUALA NERUS, 30 Sept : Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tegas menyatakan bantahan terhadap pesta arak yang akan diadakan dimana-mana sahaja.

Perkara itu diberitahu oleh Pengerusi DHPP, Saudara Balasubramaniam ketika Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya pada Program Fastaqim 2.0.

“Kalau mahu minum itu hal peribadi, tapi jangan minum secara terbuka dan berpesta,” katanya.

Tambahnya lagi, arak dalam agama Hindu mahupun bangsa India adalah dilarang dan bersifat merosakkan.

Diakhir ucapannya, beliau mengajak seluruh ahli PAS untuk terus berkerja keras pada Pilihanraya umum akan datang.