Home Artikel PAS Sabah

Dewan Ulamak PAS Sabah bantu masyarakat Kudat

372
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
20 Oktober 2020

KUDAT: Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah (DUPNS,) dengan kerjasama Urusan Ulamak PAS Kudat mengambil inisiatif menyampaikan bantuan barangan dapur kepada penduduk terjejas sekitar daerah di sini, kelmarin.

Ustaz Mohd Hamyzan Hussain, Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Kudat berkata, seramai 20 keluarga di Tajau dan Bakbak telah menerima bantuan berbentuk beras, gula, tepung, minyak masak, telur, mihun dan susu pekat.

“Pihak kami menyedari ramai dalam kalangan masyarakat yang terjejas bekalan makanan dan pendapatan dan kami sentiasa prihatin terhadap kesusahan masyarakat. Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban penerima,” ujar Ustaz Hamyzan.

Ustaz Hamyzan turut mengingatkan penerima yang beragama Islam supaya sentiasa menjaga solat lima waktu, banyakkan berdoa, istighfar dan bagi penerima non-Muslim sentiasalah taat kepada ajaran agama masing-masing.

Tambahnya, masyarakat mesti sentiasa mematuhi setiap saranan pihak berkuasa agar pandemik Covid-19 dan penyakit-penyakit lain dapat diputuskan rantaiannya.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Che Lutfi Che Abdullah, AJK Urusan Ulamak PAS Kawasan Kudat.