Home Artikel PAS Sabah

Dewan Ulamak PAS Sabah bantu asnaf

301
SHARE

Oleh: Yuslie Yussof

20 Oktober 2020

PUTATAN: Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, ramai dalam kalangan masyarakat telah terkesan. Pendapatan masyarakat juga telah terjejas.

Urusan Ulamak PAS Kawasan Putatan dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Sabah telah mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan bekalan makanan kepada masyarakat yang yang memerlukan.

Ustaz Yuslie Yussof, Ahli Jawatankuasa Urusan Ulamak PAS Kawasan Putatan telah menyampaikan sumbangan kepada 30 orang asnaf di Kampung Serigai, Ketiau, Putatan di sini semalam

Penyampaian sumbangan ini turut disertai oleh Mohd Azri Ridhwan, AJK Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Putatan dan Rizal Nasri, AJK Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan.

Menurut Ustaz Yuslie, sumbangan tersebut diharap dapat membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.