PEMERGIAN USTAZ MOHAMED DAUD IRAQI: DUPNPs RAKAM TAKZIAH
Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis (DUPNPS) merakamkan ucapan takziah khususnya kepada ahli keluarga Almarhum Ustaz Dato’ Muhammad Daud Al Iraqi yang dijemput pulang oleh Allah SWT.
Marilah kita doakan pemergian almarhum ini mendapat rahmat dan keampunan serta ditempatkan di sisi para aulia, syuhada dan solehin.
Sesungguhnya kehilangan Ulamak ini sukar dicari galang gantinya, justeru amatlah dirasai terutama ahli keluarga almarhum, sahabat-sahabat dan mereka yang pernah menerima sentuhan tarbiahnya.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه.
امين يا رب العالمين.
USTAZ HJ. IDRIS YAACOB
Ketua
Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis
19 Safar 1439H / 9 November 2017M