Home Artikel PAS Pahang

JAM KAWASAN KUANTAN LANCAR BANTUAN BENCANA PULAU PINANG

65 views
SHARE

Kuantan, 8 November – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan (JAMKK) melancarkan Misi Bantuan Bencana Banjir di Pulau Pinang bagi membantu masyarakat di Pulau Pinang yang ditimpa bencana banjir baru-baru ini.

Pelancaran ini dibuat selepas Pulau Pinang yang telah dilanda bencana terburuk dalam sejarah dalam tempoh beberapa hari yang lepas untuk mengumpul bantuan termasuklah dana wang ringgit, keperluan asas seperti makanan, air minuman bersih, lampin pakai buang, tuala wanita, alas tidur, selimut dan barangan yang bersesuaian untuk dihantar ke sana. Manakala baju terpakai tidak diperlukan.

Rombongan bantuan daripada JAMKK akan bergerak ke Pulau Pinang pada 12 November, Ahad sehingga 15 November, Rabu untuk menghantar bantuan dan juga membantu untuk kerja-kerja pembersihan rumah yang mengalami banjir.

Turut bersama rombongan Misi Bantuan ini adalah YB Ust. Rosli Abd Jabbar, Pesuruhjaya Pas Pahang dan merangkap YDP Pas Kuantan selaku mengetuai rombongan Misi Bantuan tersebut.

“Kita akan cuba menghantar barang bantuan semampu mungkin & juga sukarelawan yang terdiri daripada anggota JAMKK seramai mungkin bagi membantu dan melancarkan segala gerak kerja Misi Bantuan bersama rakan-rakan anggota Jabatan Amal Malaysia yang lain.

“Oleh itu, kami daripada JAMKK amat memerlukan sumbangan daripada orang ramai bagi membantu kami untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan,” kata Tuan Quddus, Komandan JAMKK.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang ringgit, bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan wang ke akaun rasmi JAMKK atas nama DANA KEBAJIKAN AMAL KUANTAN – 556 2641 1916 dan hantarkan bukti & jumlah sumbangan ke 013-973 3832, Tuan Quddus.

Manakala bagi penyumbang-penyumbang barang keperluan asas boleh meletakkan barang bantuan tersebut di Masjid Al-Fattah, Batu 3, Kuantan. Pakaian terpakai tidak diperlukan.

Seluruh jentera sayap Pas seperti Khidmat Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, DACS, Dewan Pemuda Pas Malaysia, Dewan Muslimat Pas Pusat, Dewan Ulama’ Pas Pusat & NGO-NGO dari seluruh Malaysia turut bekerjasama dalam Misi Bantuan Bencana Banjir di Pulau Pinang.