السلام عليكم ورحمة الله
Memandangkan situasi jangkitan wabak COVID 19 yang terus meningkat dan membimbangkan. Juga selepas segala usaha yang telah dan sedang dilakukan, maka kini adalah saat yang sebaiknya untuk kita terus mengadu dan bermunajat kepada Allah Taala.
Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. [Riwayat Ibn Majah (1753)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan]
Oleh itu kami menyeru agar seluruh ahli PAS Pahang dan juga seluruh umat Islam untuk berpuasa sunat hari Khamis 26 Mac 2020 bersempena 1 Syaaban 1441H.
Kita berpuasa secara berjamaah bersama seluruh ahli keluarga yang berkumpul di rumah masing-masing, membaca al-Quran dan setengah jam sebelum waktu berbuka kita sama-sama beristighfar dan berdoa serentak memohon kepada Allah Taala agar diangkat musibah yang sedang melanda. Serta disembuhkan saudara mara kita yang dijangkiti wabak COVID 19.
Semoga munajat kita diterima oleh Allah Taala.
Dewan Ulama PAS Negeri Pahang.