Home Berita PAS Sabah

Dewan Ulama PAS lulus usul hantar calon PRN Sabah

1224
SHARE

Oleh: AMIRUDDIN MOHD ROSDI

24 Ogos 2020

KUDAT: Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Negeri Sabah kali ke-22 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Istana Tun Datu Mustapha di sini kelmarin.

Para perwakilan secara majoriti telah sebulat suara menyokong untuk meluluskan usul supaya Dewan Ulama PAS Negeri Sabah menghantar calon mewakili ulama bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Persetujuan itu diperoleh selepas usul dibawa oleh Urusan Ulama PAS Kawasan Kalabakan dibentangkan oleh Ustaz Roslan Ramli dibahaskan dalam Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Negeri Sabah kali ke-22.

“Urusan Ulama PAS Kalabakan mengusulkan supaya Dewan Ulama PAS Negeri Sabah menghantar calon mewakili ulama bertanding pada PRN Sabah kali ini,” katanya menegaskan matan usul tersebut.

Terdahulu, perasmian muktamar disempurnakan oleh Dato’ Panglima Perang YB Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud, AJK PAS Pusat.

Majlis turut diserikan dengan pelancaran Tabung Dana Murabitun Dewan Ulama PAS Negeri Sabah