Home Artikel PAS Sabah

Dewan Pemuda PAS Tawau Jayakan Misi Kembara Dakwah Ramadan Kg Serudung Laut.

72 views
SHARE

 

Oleh : SYAFIQ ABD RAHIM

TAWAU : Dewan Pemuda Pas Kawasan Tawau ( DPPKT) bersama Persatuan Kebajikan Prihatin Dakwah Sabah telah mengadakan Program Kembara Dakwah Ramadan , bertempat di KG Serudung Laut , Kalabakan , di sini, pada 18 dan 19 Mei baru-baru ini.

Tujuan program tersebut adalah untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung yang terdiri dari mualaf-mualaf dan keluarga dhaif.

Ketua rombongan, Ustaz Rosli Hasan telah menyampaikan sumbangan berupa barang-barang keperluan dapur kepada penerima.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau , Ustaz Rosli Hasan meminta agar  penduduk kampung tidak merasa bersendirian kerana masyarakat luar sentiasa memerhati dan mengikuti perkembangan kampung mereka .

Disamping itu , beliau turut menyatakan bahawa Pemuda Pas bersama masyarakat luar akan sentiasa berusaha membantu mereka yang tinggal di kawasan pendalam sekaligus mengeratkan silaturrahim.

Program yang berlangsung selama dua hari satu malam itu telah disertai seramai 12 orang ahli Dewan Pemuda dan PKPDS.