Home Artikel PAS Sabah

Tadarus dan Khatam Al-Quran Imarahkan Ramadan MGP Tawau

60 views
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
22 Mei 2019, Rabu

TAWAU : Bersempena hari Nuzul Quran, Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Tawau menganjurkan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran pada 22 Mei baru-baru ini.

Bacaan al- Quran telah dipimpin oleh Ustazah Jumrah Djamali, selaku Ketua Unit Tarbiyyah MGP.

Majlis turut dihadiri oleh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau, Ustazah Siti Rahmah Bandu.

Ustazah Siti Rahmah berharap agar program tersebut dapat menambah rasa cinta kepada Al-Quran dalam kalangan guru PASTI disamping menyambung sunnah Rasulullah saw bertadarus pada bulan Ramadan.

Seramai 78 guru PASTI hadir majlis tersebut yang merupakan acara tahunan MGP kawasan Tawau.