Home Kenyataan Media PAS Kedah

DEWAN PEMUDA PAS PARLIMEN LANGKAWI MENYANGGAH SERUAN SYED SADDIQ LAWAT RUMAH IBADAH AGAMA LAIN

601
SHARE

DEWAN PEMUDA PAS PARLIMEN LANGKAWI MENYANGGAH SERUAN SYED SADDIQ LAWAT RUMAH IBADAH AGAMA LAIN

Baru sahaja surut isu Mentega terbang, kini ada pula siri sambungannya seruan ke rumah ibadah agama lain!!! Adakah perkara ini sudah dirancang???

Terbaru, seruan presiden Muda SS untuk melawat rumah ibadah agama lain adalah merupakan suatu kekarutan yang terlampau atas nama kehormatan dan tolenransi dalam beragama. Lawatan terbuka sebegini merupakan suatu agenda pluralism dan liberalism yang tersembunyi yang mesti kita tolak sekeras-kerasnya.

Program sebegini adalah dilarang menurut undang² Malaysia dibawah perkara 3 (4) agama lain bebas beragama, namun sebarang program pengembangan doktrin ajaran agama lain kepada muslim adalah dilarang dan disekat. Dalam hukum syarak juga adalah dilarang tanpa apa² keperluan yang dibolehkan.

Program sebegini boleh mengakibatkan kekeliruan pemikiran dalam masyarakat Islam terutamanya anak² muda remaja. Demi menjaga kesucian agama Islam dan menjaga tunas² Islam anak² muda di Malaysia, kami Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi menyanggah sekeras-kerasnya kenyataan SS yang menyeru anak² muda ke rumah ibadat lain.

SS telah salah justifikasi tentang lawatan Presiden PAS ke gereja di Sarawak pada 2015, lawatan tersebut bukanlah melibatkan hal² ritual atau keagamaan, bukan pula terbuka penyertaan tanpa syarat. Menggunakan hujah ini untuk membenarkan program lawatan ke rumah Ibadat lain adalah tidak benar sama sekali.

Rujukan : https://fb.watch/jmatqSn7-3/?mibextid=SDPelY

Sekian, terima kasih.