Home Kenyataan Media PAS Pahang

Dewan Muslimat PAS Pahang tolak khemah besar demi kepentingan agama dan bangsa

133
SHARE

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

  1. Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang (DMPNP) menolak cadangan untuk menyertai ‘khemah besar’ sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden PAS dan tetap memfokuskan kepada agenda Penyatuan Ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
  2. Kita perlu menilai kembali apa yang berlaku selama 22 bulan pemerintahan PH bila mana ada pihak-pihak yang berani menggugat kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan mempertikaikan status warganegara bagi Bangsa Melayu di negara kita sendiri.
  3. Kita mahu semua rakyat memikirkan betapa pentingnya penyatuan ummah demi mempertahankan agama, bangsa, nasib anak cucu kita di masa hadapan dalam situasi negara kita pada hari ini.
  4. Kita sebagai orang Islam perlu melihat kepentingan agama dan bangsa itu sendiri sebagai teras perjuangan kita, bukan sebaliknya ada pihak yang melihat kepentingan parti yang lebih diutamakan.
  5. Kami Dewan Muslimat PAS menyeru semua pihak memikirkan dan menyedari bahawa situasi yang berlaku pada hari ini, sekiranya kita menolak penyatuan ummah, dan berlakunya perpecahan ummah, kita akan menempah satu situasi dimana orang Melayu Islam akan terus terpinggir.
  1. Dewan Muslimat PAS Pahang dengan tegas memegang prinsip yang sejajar dengan prinsip PAS diperingkat pusat, berdiri teguh dengan usaha kerjasama politik yang bertujuan menguatkan umat Islam dan tidak sama sekali mengenepikan kesejahteraan wanita itu sendiri.
  2. Dewan Muslimat PAS Pahang menyeru semua parti Melayu Islam membina semula negara dan terus memperkukuhkan Islam sepertimana PAS yang komited dengan dasar perlembagaannya.

Sekian.

Ustazah Salamiah Mohd Nor
Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang