Home Artikel PAS Sabah

Dewan Muslimat PAS negeri Sabah santuni keluarga mangsa kemalangan

393
SHARE

Oleh : Nurul Hazimah Lanus

15 OGOS 2020

TAWAU: Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (LKK DMPNS) menyantuni ahli keluarga mangsa kemalangan yang berlaku pada 5 Ogos lalu , di kediaman mereka ,  petang tadi.

Rombongan tersebut diketuai oleh pengerusi LKK negeri , Nur Izzati Mohd Yusuf bertujuan untuk menyampaikan sumbangan berbentuk wang kepada ahli waris mangsa.

Nur Izzati berkata, DMPN Sabah merakamkan ucapan takziah kepada  ahli keluarga mangsa.

” Kami berharap agar ahli keluarga sentiasa bersabar dengan dugaan berat  yang sedang mereka hadapi sekarang ” Katanya.

Pada kejadian tersebut , 4 guru SK Umas-Umas telah  kemalangan sehingga meragut  nyawa   Dayana Damsah dan Nurizyani  Kafli.

Turut hadir  adalah Timbalan Ketua Muslimat negeri Sabah , Zaiton Ahmad, Pengarah PR NorJannah Jam-Jam, Pengerusi Lajnah Pengguna Dan Pekerja , Aznah Tandek dan beberapa ahli Jawatankuasa DMPK Kalabakan dan DMPK Tawau.