Home Artikel PAS Selangor

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor | Dato Dr Ahmad Yunus Hairi – Projek Bantuan Khas Asnaf DUN Sijangkang

251
SHARE

Sijangkang, Selangor | 15 Ogos 2020

Hari ini masih lagi meneruskan perancangan menukar ganti bumbung Rumah Asnaf di sekitar DUN Sijangkang.

Projek bantuan ini menuju ke penghujungnya. Insyaallah dijangka siap esok dan penyerahan kepada pemilik akan dilaksanakan oleh YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi, ADN Sijangkang.

Penyelaras projek khas asnaf mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala sokongan pimpinan tempatan dan aktivis setempat yang tidak jemu bersama dalam kepadatan program di sini. Program ini turut dibantu oleh Anggota Jabatan Amal Malaysia Kuala Langat.

Terima kasih juga kepada para penyumbang. Maaf atas segala kekurangan sepanjang perlaksaan projek khas ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan