Oleh : Nurul Hazimah Lanus
15 OGOS 2020
TAWAU: Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (LKK DMPNS) menyantuni ahli keluarga mangsa kemalangan yang berlaku pada 5 Ogos lalu , di kediaman mereka , petang tadi.
Rombongan tersebut diketuai oleh pengerusi LKK negeri , Nur Izzati Mohd Yusuf bertujuan untuk menyampaikan sumbangan berbentuk wang kepada ahli waris mangsa.
Nur Izzati berkata, DMPN Sabah merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa.
” Kami berharap agar ahli keluarga sentiasa bersabar dengan dugaan berat yang sedang mereka hadapi sekarang ” Katanya.
Pada kejadian tersebut , 4 guru SK Umas-Umas telah kemalangan sehingga meragut nyawa Dayana Damsah dan Nurizyani Kafli.
Turut hadir adalah Timbalan Ketua Muslimat negeri Sabah , Zaiton Ahmad, Pengarah PR NorJannah Jam-Jam, Pengerusi Lajnah Pengguna Dan Pekerja , Aznah Tandek dan beberapa ahli Jawatankuasa DMPK Kalabakan dan DMPK Tawau.