Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Dewan Muslimat PAS Malaysia Gesa Ahli Sertai SkimPAS

2067
SHARE

Dewan Muslimat PAS Malaysia Gesa Ahli Sertai SkimPAS

1.Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) ingin menyeru semua ahli PAS khususnya muslimat untuk sama-sama menyertai SkimPAS.

2.SkimPAS adalah satu skim manfaat perlindungan yang telah dilancarkan dibawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Pusat. Skim ini juga adalah infak fisabilillah yang dapat mengeratkan ukhuwah sesama jemaah dengan kita saling bantu-membantu.

3.Skim ini juga adalah merupakan satu usaha dakwah melalui kerja kebajikan yang boleh menarik orang kepada Islam.

4.DMPM mengucapkan syabas dan tahniah atas segala usaha bagi menyokong produk kebajikan ini.Oleh itu besarlah harapan Dewan Muslimat PAS Malaysia kepada ahli-ahli PAS di semua peringkat bersama menyokong produk ini dengan mencarum dalam SkimPAS.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi:

??Puan Fasihah Marsom
01124296864
??Puan Jamilah Husin
012-251 6077

“ Islam Memimpin Wanita Sejahtera “

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
15.4.2020
21 Sya’aban 1441H