Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Dewan Muslimat PAS Malaysia Anjur Umrah Tarbawi 2018

49 views
SHARE

Memetik kelebihan bagi orang yang mengerjakan ibadah umrah dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud;

“Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”.

Demi menyahut seruan ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan kerjasama El Izzah Travel & Tours Sdn. Bhd. akan menganjurkan Umrah Tarbawi bersama Ketua DMPM, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut menjadi salah seorang mutawif bagi umrah ini.

Dewan Muslimat PAS Malaysia telah menganjurkan sebanyak 2 kali Umrah Tarbawi sebelum ini iaitu pada 12 – 23 April 2016 (boleh baca di sini) dan 12 – 22 Disember 2016 (boleh baca di sini) bersama-sama El Izzah Travel & Tours dan telah mendapat maklum balas positif daripada peserta-peserta umrah.

Umrah Tarbawi 2018 kali ini bakal disajikan dengan pelbagai pengisian ruhani, penghayatan serta pengalaman yang penuh bermakna. Pakej yang merangkumi penerbangan dan tempat tinggal yang selesa akan membantu untuk mempermudahkan urusan jemaah.

Ayuh! Ambil peluang untuk bertemu Rabb sang Pencipta di tanah suci Makkah dan jadilah sebahagian daripada jemaah Umrah Tarbawi kali ini. Pihak DMPM menyeru dan mengajak semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama menyertai umrah ini. Bagi yang ingin turut serta, boleh menghubungi;

📞 Saudari Mardhiah di talian 013-200 2465 http://wasap.my/60132002465
ATAU
📞 Puan Norhafiza di talian 018-385 4483 http://wasap.my/60132154483
ATAU
📞 Puan Norazlin di talian 013-353 9440 http://wasap.my/60133539440

Imam Al-Bukhari meriwayatkan, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : “Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”.

Mudah-mudahan kita terpilih menjadi tetamu Allah dan diampunkan segala dosa sebelum pertemuan dengan Yang Maha Agung di Padang Mahsyar nanti.

Dikeluarkan oleh,
Sekretariat
Dewan Muslimat PAS Malaysia
11 Julai 2018 bersamaan 27 Syawal 1439