Home Kenyataan Media PAS Kedah

Detik Sejarah Nakbah Palestin, 71 Tahun yang Mesti Diingati

40 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH.
15 Mei 2019

DETIK SEJARAH NAKBAH PALESTIN, 71 TAHUN YANG MESTI DI INGATI

15 Mei 2019 ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 71. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Kedah untuk kita tidak melupakan sejarah yang penting bagi seluruh warga dunia. Pada setiap tahun rakyat Palestin mengingati tarikh tersebut di mana mereka telah ditimpa satu tragedi yang sangat dasyat dalam sejarah kemanusiaan di mana mereka diusir keluar dari tanah air mereka sendiri.

Ramadan pada tahun ini, kita menyaksikan bagaimana bumi Palestin diserang habis-habisan oleh zionis Israel, sehingga terkorban anak-anak kecil yang pergi mengadap ilahi dalam senyuman dan ramai wanita juga terkorban. Namun di sana pemuda-pemuda sedikit tidak lentur semangat mereka untuk bangun dan bangkit mempertahankan negara mereka sendiri.

Ulang tahun Nakbah pada tahun ini diperingati dengan penuh semangat yang membara oleh rakyat Palestin kerana kebangkitan yang berterusan. Hari ini setelah 71 tahun, fajar kemenangan sedang menyinsing dan sinar matahari kemenangan semakin jelas di ufuk timur.

Perjuangan rakyat Palestin semakin membara dan tidak pernah mengaku kalah. Sesungguhnya rakyat Palestin tidak berjuang dengan api dendam, sebaliknya mereka berjuang untuk menegakkan kasih sayang. Dunia harus berdiri teguh di belakang perjuangan rakyat Palestin untuk mengembalikan hak mereka. Hanya dengan menebus hak rakyat Palestin yang diambil secara zalim dan tidak berperikemanusiaan akan mengembalikan keamanan dan kesejahteraan di bumi suci yang menjadi rebutan dan rampasan itu.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga cukup kecewa yang mana baru-baru ini kita dikejutkan dengan pihak TV3 yang menyiarkan nota kaki di Televisyen dengan menyebut tentera Palestin adalah militan, kami mendesak agar pihak TV3 memohon maaf di atas kenyataan yang tidak beretika itu dan jelas menggambarkan bahawa kerajaan PH tidak berdiri teguh di belakang Palestin.

Sempena ulangtahun Nakbah yang ke 71 ini, juga, kami ingin mengajak semua pemuda-pemuda Kedah untuk hadir ke Tamrin Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah pada 24 Mei 2019 ini bertempat di Markaz PAS Pokok Sena sekaligus kita akan menyambut dan memperingati peristiwa nakbah ini.

Kami berharap kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Kedah supaya kita berdiri teguh dan bersolidariti kepada Palestin dengan berdoa supaya diberi kemenangan kepada palestin.

YANG BENAR,

USTAZ NURUL AMIN HAMID
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah