Detik Gembira Terukir Indah: DMPM Hargai Jasa Staf Pejabat Agung PAS
Syawal disambut penuh syukur, maknakan kemenangan dalam menempuh madrasah Ramadhan dengan puji syukur atas segala nikmat rahmatNya serta senyuman terukir indah di hari lebaran kelak, insyaallah.
Alhamdulillah Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan berbesar hati memberi sumbangan duit raya kepada warga kakitangan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur seramai 38 orang pada semalam 21 Jun 2017 di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur.
Program sumbangan ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua DMPM, Dr Rosni Adam dan diiringi oleh beberapa orang AJK DMPM yang terdiri daripada Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Dr Nurul Hani Ali, Pn Kartini Ahmad dan Cik Mardiyah Hayati. ” Sekalung budi dan setinggi penghargaan kepada semua staf sama ada yang sudah bertahun lama berkhidmat di sini ataupun baharu setahun dua bertugas di Pejabat Agung PAS. Sesungguhnya segala jasa, bantuan dan gerak kerja anda semua telah banyak membantu memudahkan aktiviti, program dan agenda bertindak dari semua peringkat sama ada bagi peringkat PAS Pusat, Dewan-Dewan dan NGO-NGO. Tanpa bantuan semua, sudah tentu berlaku kerumitan, ketempangan dan kesukaran dalam kami menjalankan aktiviti dan program-program yang telah dirancang” berkata Dr Rosni dalam majlis penyerahan sumbangan kepada staf Pejabat Agung.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (Hadis Riwayat Muslim).
“Kami daripada DMPM mengucapkan setinggi penghargaan yang tidak terhingga sekali lagi untuk segala jasa dan sumbangan warga kerja daripada semua kakitangan Pejabat Agung.Pada suatu hari Rasululah SAW ditanya oleh sahabat beliau : “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai oleh Allah ? Rasulullah SAW menjawab : “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain.. ” ujar Dr Rosni lagi.
“Semoga segala amal kerja dan pengorbanan yang telah dicurahkan mendapat nilai disisi Allah. Kami dari pihak DMPM mendoakan agar muslimin muslimat semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan segala urusan kerja dipermudahkan” sambung Dr Rosni lagi sebagai penutup bicara dalam program sumbangan Raya kepada staf Pejabat Agung PAS.