Pendirian PAS Perak : Tindakan Terhadap Masjid Al-Aqsa
Derita Mereka Tanggungjawab Kita
Penindasan terhadap umat Islam semakin hari masih sepi dari pembelaan dunia. Pelbagai pihak berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa tanpa bicara. Masyarakat tidak berdosa terus diratah rakus, rumah kediaman musnah dibedil, sekolah anak-anak hancur diranapkan tetapi semangat juang mereka mempertahankan tanah air sendiri tidak pernah bernoktah.
Perjanjian hanya sandiwara demi menutup dendam berbisa yang tidak pernah padam dimamah usia, biarpun jauh dari pandangan mata bukan bermakna kita tidak boleh melakukan apa-apa. Kebangkitan umat Islam harus dibumikan dengan segala keringat dan usaha walaupun hanya kiriman doa buat mereka.
Hari ini darah dan air mata umat Islam sedang membasahi perkarangan masjid Al-Aqsa kesan dari kezaliman dan kekejaman rejim zionis laknatullah. Sampai bila kita terus dipamerkan kekejaman watak durjana mereka, kita wajib nyatakan pendirian kita walau pimpinan dunia tidak mendengarnya namun Allah SWT tuhan menciptakan manusia pasti mendengar harapan kita bersama.
Demi Allah diatas kecintaan kepada qiblat utama ummat islam ini. Saya selaku Pesuruhjaya mewakili seluruh pimpinan PAS negeri perak menggesa seluruh ahli-ahli PAS di Negeri Perak untuk hadir beramai-ramai demi menyatakan tanggungjawab kita terhadap ancaman Masjid Al-Aqsa.
Ayuh Teman Seperjuangan, buktikan kita bersaudara. Kita Jumpa di
HIMPUNAN AMAN MENGUTUK KEKEJAMAN ISRAEL.
ESOK 28/7/17
SELEPAS SOLAT JUMAAT.
DIMASJID NEGERI IPOH.
Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
{jathumbnail off}