Home Berita PAS Perak

Dekati Masyarakat Melalui Ziarah Kebajikan

817
SHARE

Dekati Masyarakat Melalui Ziarah Kebajikan
Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi

BAGAN DATUK: Situasi ekonomi serta tekanan hidup semestinya memberikan impak kepada masyarakat dalam meneruskan kehidupan terutama bagi rakyat luar bandar.

PAS terus mendekati masyarakat untuk terus menyelami serta mendengar keluhan rakyat bagi meneruskan tanggungjawab keluarga.

Atas dasar demikian, PAS Bagan Datuk komited melaksanakan ziarah kebajikan di samping menyampaikan sumbangan sebagai tanda kebersamaan membantu selagi mampu.

Misi ziarah tersebut diketui oleh Penyelaras DUN Hutan Melintang juga selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Bagan Datuk Ata Abdul Muniem Hasan Adli bersama beberapa ahli jawatankuasa, 16 November lalu.

Lokasi ziarah itu sekitar kawasan Parit 21, Hutan Melintang, mereka juga berpeluang untuk berkongsi pandangan berkaitan masa depan negara.

Masyarakat setempat memberikan respon positif dalam misi ziarah yang dilaksanakan bahkan mengharapkan ia mampu mengeratkan hubungan bersama orang tempatan.

Usaha ziarah yang disusun membuktikan PAS terus membawa agenda kebajikan kepada rakyat dalam memastikan kepercayaan masyarakat mampu mengubah landskap pentadbiran Malaysia.