Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

DEBAT PIALA TUN RAZAK : JANGAN CEMARI AKTIVITI INTELEK DENGAN KEJAHILAN

262 views
SHARE

DEBAT PIALA TUN RAZAK : JANGAN CEMARI AKTIVITI INTELEK DENGAN KEJAHILAN

1. Ameerah Malaysia merujuk kepada pengajuran Debat Piala Tun Razak 2019 yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan ramai pihak.

2. Penjelasan dari pihak penganjur yang kelihatannya mempertahankan usul-usul debat yang mencabar pegangan umat Islam tersebut menunjukkan kesalahan itu dilakukan dengan sedar dan sengaja. Permohonan maaf yang dibuat adalah tidak memadai dibandingkan dengan kesalahan besar yang dibuat.

3. Ameerah Malaysia percaya bahawa penganjur mana-mana pertandingan debat haruslah bijak memilih tajuk perdebatan supaya aktiviti debat boleh diteruskan secara sihat tanpa perlu mencalar prinsip agama mana-mana pembahas.

4. Apabila terdapat pasukan yang terpaksa menarik diri atau menolak untuk meneruskan perbahasan hanya kerana tajuk, maka ia adalah satu kerugian kepada persaingan yang sihat serta melambangkan kelemahan penganjur.

5. Ameerah Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan pendebat yang berani mempertahankan prinsip kebenaran walaupun terpaksa berdepan kekalahan.

6. Ameerah Malaysia menegaskan bahawa debat adalah aktiviti intelek melibatkan orang-orang yang bijak, maka tidak seharusnya dicemari dengan perbuatan yang bodoh.

15 Oktober 2019

YB Zuraida Md Noor
Ketua Pengarah Ameerah Malaysia

#DebatPialaTunRazak
#AmeerahPAS
#AmeerahMalaysia
#MuslimatMudaPAS
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan