Kelmarin Dewan Muslimat PAS Selangor telah mengadakan pertemuan bersama Wanita Umno Selangor. Muslimat PAS diketuai oleh Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan Manakala Wanita Umno pula diketuai oleh YB Dato Rosni Sohar.
Dewan Selendang Kasih yang berwajah baru menyaksikan Muafakat Nasional Wanita Selangor terus memperkukuh ukhuwwah dan kerjasama diperingkat negeri dan kawasan atau bahagian
Ahli Jawatankuasa Muafakat Nasional Wanita Selangor di peringkat negeri telah dibentuk sebelum negara dilanda Pandemik COVID19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Muslimat dan Wanita di kawasan/bahagian juga telah menyambut saranan untuk menstrukturkan Ahli Jawatankuasa Muafakat Nasional Wanita di kawasan/bahagian masing.
Kehadiran ahli mesyuarat yang amat memberangsangkan daripada Ketua Muslimat Kawasan dan Ketua Wanita Bahagian dalam mesyuarat yang berlangsung dalam suasana norma baru dengan mematuhi SOP yang telah digariskan. Pertemuan ini jelas menjadi penanda aras bahawa Muafakat Nasional Wanita Selangor sudah cukup bersedia untuk menyusun aktiviti dan program bersama di peringkat negeri dan kawasan/bahagian.
Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala Wanita Muafakat Nasional Selangor ini.
Nor Zarina Mohd Azhar
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor
27 Zulkaedah 1441H | 18 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#NormaBaharuCegahCovid19