Sudah hampir empat bulan ke semua pelajar tidak menjejakkan kaki ke sekolah, kini giliran pelajar Tingkatan Satu hingga Empat, pelajar murid Tahun Lima dan Enam serta kelas peralihan akan kembali memulakan sesi persekolahan mereka.
Semoga semua para pelajar dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan pihak sekolah masing – masing. Dengan norma baru ini penjarakkan sosial amatlah penting dan mesti diutamakan.
Di sini Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor dengan tulus ikhlas mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada seluruh pelajar di sekolah rendah mahupun menengah di seluruh Negara. Semoga anak-anak dapat belajar dengan aman dan dilindungi oleh Allah Swt.
26 Zulkaedah 1441H | 17 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#DewanMuslimatPASSelangor
#NormaBaharuCegahCovid19