Pandan, Selangor | 18 Ogos 2020
Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Pandan telah Mengadakan program ziarah berkala dikawasan Sekitar Pandan.
Diantara rumah yang sempat diziarahi oleh Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Pandan ialah rumah Puan Zarina Bt Abd Rahman mantan Ketua LKK DMPK Pandan. Suami beliau dimasukkan ke Wad ICU akibat kemalangan jalan raya tempoh hari.
Selepas itu rombongan bergerak ke sebuah rumah lagi iaitu rumah AJK PAS Kawasan Pandan Tuan Hj Hairi yang sedang diuji sedikit dengan masalah kesihatan yang agak berat.
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor dan Muslimat PAS Kawasan Pandan mendoakan agar kedua-dua buah keluarga yang sempat diziarahi bersabar dan semoga dipermudahkan segala urusanya oleh Allah S.W.T.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor
#DMPNS
#dewanmuslimatpaspandan
#NegaraBerkebajikan