Home Artikel PAS Sabah

Dewan Muslimat PAS Papar santuni ibu tunggal

494
SHARE

Oleh: Nurizyan Haziqah Hussin

18 Ogos 2020

PAPAR: Dewan Muslimat PAS Kawasan Papar meneruskan gerak kerja kebajikan dengan menziarahi dua buah keluarga ibu tunggal di Kg. Pantai Manis dan Kg. Takis di sini baru-baru ini.

Ziarah kebajikan ini disertai oleh Siti Aisyah Abdul Rahman, Ketua Dewan Muslimat PAS Papar dan Rosdiana Rala, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Papar.

Sumbangan barangan asas dan wang tunai telah diserahkan dalam ziarah kali ini.

Menurut Siti Aisyah agenda dan kerja kebajikan akan dilakukan tanpa mengira masa kepada golongan yang memerlukan.

Tambahnya, Dewan Muslimat PAS Papar juga mengajak masyarakat untuk bekerjasama dalam membantu mengikut kemampuan masing-masing.