Home Berita PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS – Ziarah Kebajikan Berkala Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Diteruskan

533
SHARE

Gombak, Selangor | 8 September 2020

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DMPNS telah mengadakan satu sesi ziarah MOSWA ke 5 buah rumah.

Destinasi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor kali ini turun ke Kawasan Gombak.

Rumah pertama yang diziarahi ialah Pn.Sapiah, seorang warga emas yang terpaksa menjaga suami yang sakit tanpa punca pendapatan kerana beliau sendiri tidak mampu bekerja selepas kemalangan.

Rumah kedua seorang asnaf yang mempunyai enam orang tanggungan. Seterusnya menyantuni ibu tunggal dua anak. Ayah beliau mengidap sakit Kronik tahap 3 dan beliau sendiri juga masih dalam proses pemulihan dari kemalangan.

Rumah keempat ialah keluarga asnaf muaallaf Puan Sofea Punnitha Abdullah yang baru melahirkan anak sulung pramatang secara pembedahan dan terpaksa berulang alik dari rumah di pangsapuri tingkat lima ke Hospital Selayang setiap hari selama lebih sebulan.

Ziarah terakhir ialah ibu tinggal warga emas yang tinggal sendirian dalam serba kekurangan tanpa mampu bekerja akibat keadaan kesihatan yang telah terjejas selepas kemalangan.

Kesemua mereka telah menerima sedikit sumbangan daripada pihak LKK DMPNS yang telah disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#SkuadPrihatinDMPNS
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#MendokongMufakatNasional
#SelangorSejahtera